Tak tahu lah kenapa saya betul2 rasa nak menulis malam ini, walaupun sebenarnya mata saya hampir2 tak boleh dibuka. Mengantuk yang amat sgt. Untuk puaskan hati saya sendiri, saya menulis juga. Manalah tahu, mungkin dengan menulis, saya akan bermimpi sesuatu yang extra  menarik.

23042010Gambar ini saya ambil semasa saya menunggu Shahril untuk ‘mengeteh’ sama2 sebelum balik ke rumah. Ini agenda biasa di hari2 yang saya takde mood nak memasak. Takde apa pun yang istimewa tentang bangunan ni sebenarnya. Saja je. Bangunan ni terletak kira2 300 meter agaknya dari rumah saya.

23042010(002) 

Nampak sangat saya kebosanan, sampaikan gambar teh dan teh ais pun saya ambil. Alkisahnya, sejak saya mengandungkan Mariessa, saya jadi ‘geli’ dengan buih2 teh tarik. Jadi, tiap2 kali saya nak minum teh, saya order ‘teh panas satu!’. Kadang2 skrip saya ada tambahan: “Teh panas satu, tak nak tarik tau?” Sebabnya, ada sesetengah kedai agak degil. Mintak teh panas, dapat teh tarik. Dulu2 saya selalu order Teh Suam, tapi selepas pengalaman pahit saya di suatu kedai, saya tak minta teh suam lagi dah. Kisahnya, saya order Teh suam, tapi dibaginya Teh Tarik. Saya pun reject lah. Saya kata, “saya nak teh suam, bukannya teh tarik”. Orang kedai tu dengan muka kereknya telah sound saya balik. “Kalau tak tarik mcm mana nak suam?”. Mungkin dia tak terfikir, kalau dia letak seketul ais dalam teh panas, bolehhhhh jugak jadi suam. Sampai sekarang saya tak sanggup lagi order teh suam, order aje lah teh panas.. saya tiup aje sampai suam.

P1010982

P1010984 

Muffin ini saya buat pagi tadi, sesubuh sapie. 5.45 am to be exact. 5.45 tu bancuh bancuh bancuh, pukul 6 dah masuk dalam oven. Selesai saya mandi dan solat subuh, muffin pun dah siap masak. Ini lah resepi yang paling senanggggg pernah saya jumpa. Kalau tak percaya, tanya Momster. Senang dan sgt yummy. Semerbak harum rumah saya pagi2 dengan bau banana muffin ni. Pukul 6.30 pagi, Afiq bangun tidur, sniff sniff sniff and said.. “Afiq tauuuuuu, Mama buat muffin kan? Yeyyy! Tq Mama!”. Oh saat itu adalah priceless! :D

P1010927 

Pada hari jadi Afiq, saya belikan kek yang sgt kecil 3 biji. 1 Afiq, 1 Mariessa and 1 Uncle Reez (adik saya) yang juga April baby. Untuk adil, semuanya ada spiderman. Tapi kalau dah kaki berebut tu, dek kan spender spiderman colour lain punnnnnn boleh jadi bahan rebutan.

P1010972 

Gambar ni Afiq yang ambil sendiri. Agak artistik di mata saya. :) Ini saat2 dia keboringan nak tunggu keluar dari hospital selepas Myringotomy.

 

P1010728 

Ini budak tak suka bergambar, jadi mmg susah nak cari gambar dia yang ok-ok. Skrg suka pura2 jadi doctor. Periksa semua anak patung yang ada. Paling dia suka bila saya panggil dia Doctor Mariessa. Kalau saya tersilap, dia sound saya, “ni bukan kakak lah, ni Doctor!” Semoga betul2 jadi doctor anak dara saya ni.

23042010(005) 

Sekejap aje, dah 5 bulan umur Adreena.

24042010(003) 

Ni kerja Ayah dengan Kakaknya. Cik main suka lagi Adreena pakai tudung kakak.

Haaa.. dah puas hati saya dapat merepek panjang2. Kalau mimpi tak best jugak malam ni, tak tau lah.

3 Responses
  1. momster Says:

    Hahahaha. Spender Spiderman tu sgt kelakar... dah nak bergaduh jugak kan? ;)

    Oh yes! Muffin itu sgt senang nak buat dan sedap. Nanti ada oven baru leh buat byk2 sikit lah. Haritu saya kukus saja. :D


  2. Serene Says:

    Momster,

    Thing is, I did not even realize that the spender lain2 colour, until lah diorg berebut! I thought they are all identical! Trust them kids to find things to fight about!

    Come to think of it, Spiderman patutnya tak pakai spender kat luar like Superman kan? Hmmm....

    Oh, nanti bila masak muffin dalam oven baru,. mesti lah lagi sedap daripada biasa. Maklumlah, oven baru tu mestilah dalam dapur baru, yang semestinya pula dalam rumah baru! Jangan lupa jemput saya! ;)


  3. ADA Says:

    Hi Serene, ^_^

    Summary yang cukup best~ Apa2 yg berkaitan dengan baby2, toddler semua best-bestkan? Lagi-lagi anak sendiri. Makin tembam laaaa adreena. Eeee...geram.

    Ada hrp wordpress ni smpi laa anak2 Ainil besar2. So leh wat comparison apa yang mama dia merepek2 time anak dia kecik2 dengan time anak dia umur 18-25thn. Hakss!! Wow! Time's fly.

    rindu nk dengar ainil speaking. heee~