So we spent 4 days at KPMC. Itupun, kalau ikutkan Dr M, mmg dia tak berapa nak bagi balik lagi. Tapi saya minta juga. Kesiankan Mariessa yang keboringan terkurung di dalam bilik. She was not in any pain, Alhamdulillah. The reason why Dr. M wanted to keep us there is because the antibiotics were given via the IV (I believe this is the most efficient way of getting the ubat in?) Akhirnya lewat petang hari Jumaat, Dr M bagi green light untuk balik! Yey!
Boring, jadi main dgn tudung Mama. Remos baikkk punya! :D
Bila dah boring, nangis!
Ini budak memang ratu air mata! :D Sekali pejam mata.. 4 jurai air mata keluar.
Hari yang sama, waktu yang lain. Be assured that she was crying NOT because she was in any pain. She was just bored.
Betul! She was bored. Mungkin juga agak sedikit sakit hati sebab Mama nya bukan nak pujuk, tapi lagi nak ambil gambar! Isk isk isk…
Yang saya pun… tak tau la kenapa idea lambat betul datang ke otak saya. Pada hari yang ke 3 Mariessa ditahan di KPMC, baru lah saya terfikir nak belikan dia mainan baru yang mungkin dapat menghilangkan sikit kebosanan dia.
Berseri2 lah mukanya sekejap.. bila dapat mainan baru.
Nasib baik jugak Mariessa ni jenis yang boleh mengadappppppp satu mainan berejam2. Kalau dengan mainan pun cepat boring, mati kutu lah saya nak belikan mainan baru tiap2 3 jam. Uish.
Sampaikan tidur pun bawak her new doll. Tapi dah tak mau tidur di atas katil, nak tidur atas riba Mama. Alahaiii anak omak.
Selingan: Fruit + flower basket from The Co, received on the 2nd day. I thought the arrangement was pretty.
Ni lah dia pengalaman pahit kalau ditahan di hospital. Saya dah la memang jenis penakut jarum. Tak kira sekecil, sependek mana pun. Jarum tetap jarum. Gambar ni saya ambil sambil kepala saya berpaling ke arah yang lain. Lemah kepala lutut saya mengenangkan anak saya dicucuk. Sungguh saya tak sanggup tengok.
Tak tau la kenapa boleh bengkok2 benda alah tu. Adoiiiii… Ngeri!
Yang sebenarnya merunsingkan saya about the whole episode, is that Dr. M did not give us any confirmed facts. According to the ultrasound done on her neck, there were a few hmm.. lumps ke nak panggilnya? yang besar ada 2. Dlm report tu tertulis 2x1.5cm, mcm tu lah lebih kurang. Tapi syukur, tak bernanah di dalam tu. After being given 2 types of antibiotics via the IV, baru lah nampak ada susutnya. Itu pun tak betul2 hilang lagi. Dr M kata mungkin juga ear infection, sebab pada asalnya, saya minta dia check juga telinga Mariessa, sebab kebelakangan ni saya rasa ada masa2 dia tak berapa dengar apa2 yang saya cakap. Risau juga kalau apa yang jadi kat Afiq terjadi pada Mariessa pula.
Deep down, terfikir juga.. entah2 saya yang paranoid pasal telinga ni kot since Afiq hari tu.
Dr. M kata, mmg nampak merah sikit dalam telinga kiri. (Bengkak di leher pun sebelah kiri). Ear infection and swollen glands. Itu kata Dr. M. Saya tak berapa puas hati dengan penjelasan yang saya rasa agak ringkas, tapi nak tanya apa pun, saya dah tak tau.
Esok ada follow-up appointment dgn Dr M. Harap2 semua akan OK.