Entah kenapa fikiran saya tidak fokus hari ini. Sebagai contoh (ini adalah kisah benar):

Cuba bayangkan:

A-------------------B---C----------D (Skala 1 ‘-‘ = 1 langkah)

A = cubicle saya

B = pantry

C = tandas

D = water dispenser (dalam BM apa ye? pengeluar air?? ahaks)

Saya bawa botol air dari cubicle saya hendak ke water dispenser. Dalam perjalanan tu, saya letak dulu botol air di pantry, sebab saya perlu ke tandas dulu. Selesai di tandas, saya terus pulang ke cubicle saya. Sampai di cubicle saya, baru saya teringat. Hajat sebenar-benar saya tadi adalah untuk mengambil air. Saya pun terus ke water dispenser. Sampai di water dispenser baru saya terfikir. Macam mana nak ambil air, botol kan di pantry? Saya pun pergi semula ke pantry, ambil botol air saya dan pergi ke water dispenser. Selepas itu baru lah saya pulang ke cubicle saya. Perjalanan yang pendek, dah panjang jadinya.

Ibaratnya macam nak makan Mee Bandung Muor di Johor. Dari KL nak ke Johor, tapi singgah Seremban dulu, lepas tu ke Melaka, pulang ke KL, pergi semula ke Johor tapi duit tertinggal pula di Seremban. Patah semula ke Seremban baru la pegi Johor dan dapat makan Mee Bandung. Nasib baik dari cubicle saya nak ke water dispenser takde tol macam dari KL nak ke Johor! Kalau tak, habis duit bayar tol aje, tak sempat nak makan Mee Bandung.

Kan saya dah kata saya tak boleh fokus?

 

P2090393Rombongan kenderaan2 Afiq. Bumper to bumper!

5 Responses
  1. Aber Says:

    perjalanan Aba lagi panjang dari ainil...
    sebab selalunya, pergi toilet bw botol air...
    tinggal botol air kat pantry
    kelua toilet terus jln g cubicle
    sebelum singgah meja ainil dulu
    jalan g cubicle, teringat botol air kat pantry
    on the way amik botol air, singgah lagi meja ainil
    amik botol, jalan ke pintu sebelah sana utk tahan air...
    blk cubicle, singgah lagi meja ainil
    lega samapai cubcle sendiri dgn botol air penuh terisi
    tiba2.......arghhhh, mau pergi toilet lagikkkk :(


  2. Enida Says:

    I had a good chuckle reading this, Lil Sis! Because I just did a bee-line around everything in the house and outside, before going to do my running. I am still at the laptop, about 20 steps away from the treadmill in my room. And it has taken me 13 hours since my first step TOWARDS the treadmill. Dari pagi nak pegi berlari.


  3. afi Says:

    kewlness, tu afiq ke yg susun? cantik!


  4. Serene Says:

    Ber..

    Muahaha.... tu la dia org dapat dok kat cubicle with a view. Hehehe.. Jauh dari segala benda. :D Exercise apa, tu penyumbang kekurusan tuh!


  5. Serene Says:

    Afi dear,

    Yes, tu Afiq yang susun sendiri. That's one of his fav pastime. Susun segala toy kereta2 dia. He can do this for hours, or until Mariessa comes and takes one of his cars. After that, apa lagi... perang lah! Haha..

    How are u doing? Glowing these days, eh? Hehe