1. InsyaAllah, saya nak mulakan azam baru saya hari ni. Buat pertama kalinya, saya tiba-tiba je dapat hidayah nak buat azam baru. Azam yang kali ni berbeza dari azam2 yang lain sebab kali ni azam saya bukan untuk kuruskan badan. (Itu azam saya dari 7 tahun lepas, kontrak azam tu asyik terpaksa dilanjutkan aje dari tahun ke tahun, sampai dah tak boleh dikategorikan sebagai azam lagi dah). Harap2 azam saya yang ini akan dapat saya laksanakan. InsyaAllah.
2. Penilaian prestasi kerja saya untuk tahun 2009 telah pun selesai minggu lepas. Tak tidur saya satu malam terfikir2. Alhamdulillah, umpamanya saya jangka akan dibaham harimau, tapi akhirnya saya digigit semut saja. It could not get any better – itu lah yang boleh saya katakan. Saya harap itu cukup baik untuk saya terus bekerja di sini. Kita tunggu dan lihat. :)
3. Dalam satu mesyuarat baru2 ni, buat pertama kalinya sejak saya di sini (seingat saya-lah), mesyuarat itu dimulakan dengan bacaan Al-Fatihah dan diakhiri dengan surah Al-Asr. Baru saya sedar betapa lamanya saya tak jumpa rutin sebegini. Susah saya nak gambarkan betapa syahdunya perasaan saya. Sejuk hati saya. Tambah2 pula, tuan pengerusi mesyuarat itu, ‘handsome’ orangnya. Betullah, sesetengah orang, makin tua makin handsome pulak. Macam Richard Gere. Ok, dah terkeluar topik pulak saya.
4. Baru2 ini seorang rakan lamaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa saya telah terjumpa saya di Facebook. Lamaaaaaaaaaaaaaaaaaa tu, maksud saya rakan saya di All Saint’s Taiping tahun 1985 sampai 1988 dulu. Hebat betul!
5. Afiq telah memeluk saya dengan penuh girangnya malam tadi, hanya kerana saya telah belikan serunding daging yang stoknya telah pun habis. Kejadian kehabisan stok serunding memang jarang2 berlaku di rumah saya. Tak kira lah serunding dari Kelantan, Labuan, Alor Setar mahupun serunding Pasar Tani Kajang bila keadaan memaksa. Terima kasih Aba kerana telah mengimport serunding daging dari Aloq Staq itu untuk saya. Hanya sebab serunding, mood Afiq baik dari malam tadi, sampailah ke pagi ni. Sekali saja saya suruh dia mandi pagi tadi, terus dia buat! Kalau pagi lain, selagi tak dua belas kali… jangan haraplah dia nak bukak baju. Dan disebabkan serunding jugalah, malam tadi saya tak perlu nak memaksa Afiq untuk makan. Lemang 2 ringgit yang saya beli di pasar malam habis dimakan Afiq dan Mariessa sahaja.
6. Pagi tadi sambil Afiq memakai baju, dia bercerita. “Mama, kawan Abang kat sekolah dia jawab banyak kali bila Teacher tanya.. dia dapat TEN sweets, Mama!” “Abang dapat berapa sweets?” “Abang dapat three je” “Kenapa Abang tak jawab banyak2 macam kawan Abang?” “Abang jawab banyak… tapi salah. Hihihihii”. Saya rasa kelakar juga anak saya ni. Dan hari ni, dia sgt excited nak pegi sekolah, sebab dia dah ingat hari ni hari apa. “Friday, friday, friday!”
Hasil kraftangan Afiq yang pertama di Little Caliphs
Ini hasil lukisan Afiq. Di whiteboard di dapur saya.
Begitulah adanya