Entah kenapa fikiran saya tidak fokus hari ini. Sebagai contoh (ini adalah kisah benar):
Cuba bayangkan:
A-------------------B---C----------D (Skala 1 ‘-‘ = 1 langkah)
A = cubicle saya
B = pantry
C = tandas
D = water dispenser (dalam BM apa ye? pengeluar air?? ahaks)
Saya bawa botol air dari cubicle saya hendak ke water dispenser. Dalam perjalanan tu, saya letak dulu botol air di pantry, sebab saya perlu ke tandas dulu. Selesai di tandas, saya terus pulang ke cubicle saya. Sampai di cubicle saya, baru saya teringat. Hajat sebenar-benar saya tadi adalah untuk mengambil air. Saya pun terus ke water dispenser. Sampai di water dispenser baru saya terfikir. Macam mana nak ambil air, botol kan di pantry? Saya pun pergi semula ke pantry, ambil botol air saya dan pergi ke water dispenser. Selepas itu baru lah saya pulang ke cubicle saya. Perjalanan yang pendek, dah panjang jadinya.
Ibaratnya macam nak makan Mee Bandung Muor di Johor. Dari KL nak ke Johor, tapi singgah Seremban dulu, lepas tu ke Melaka, pulang ke KL, pergi semula ke Johor tapi duit tertinggal pula di Seremban. Patah semula ke Seremban baru la pegi Johor dan dapat makan Mee Bandung. Nasib baik dari cubicle saya nak ke water dispenser takde tol macam dari KL nak ke Johor! Kalau tak, habis duit bayar tol aje, tak sempat nak makan Mee Bandung.
Kan saya dah kata saya tak boleh fokus?
Rombongan kenderaan2 Afiq. Bumper to bumper!