1. Bekas kekasih saya adalah:
Salah seorang yang mungkin baca blog saya. Hehehehe...
2. Saya sedang mendengar:
Lagu My Best Friend oleh Tim McGraw. Hari ni hari ke3 berturut2 saya dgr lagu ni tak henti2. Saya jatuh hati kat lagu ni.
3. Mungkin saya patut:
Sambung kerja yang saya buat tadi. Tapi penat lah! Take 5 kejap. :)
4. Saya suka:
Warna biru. Dari dulu sampai skrg. And smiley face. Sgt comel!
5. Sahabat-sahabat baik saya:
Jarang2 saya jumpa atau telefon, tapi bila jumpa boleh aje continue where we left off.
6. Saya tak faham:
Kenapa ada seorang manusia ni boleh memandu 40km/j di pagi hari Isnin untuk pegi kerja di jalan yang tak sesibuk mana. Mungkin kah dia keluar rumah pukul 6 pagi untuk sampai ke pejabat pukul 8.30 pagi sebab dia sukaaaaaaaa memandu tersangatlah perlahannya mcm tu? Hari ni hari Selasa, tapi saya masih marah kepada orang yang memandu perlahan itu semalam!
7. Saya kehilangan:
Cincin pertunangan & cincin perkahwinan saya baru2 ni. Sedih sangat2 sebenarnya. Perempuan yang curi barang2 tu mmg keji.
8. Ramai yang berkata:
Kulit muka saya makin smooth sejak saya mengandung. Saya rasa itu tanda2 yang it's going to be a boy! Sebab masa saya mengandungkan Afiq pun ramai yang kata mcm tu... tapi masa saya mengandungkan Mariessa kulit muka saya tersgtla kasarnya. Kita tunggguuuuuuuu.....
9. Makna nama saya:
Kalau ainil tu diambil dari ainun (in arabic).. maksudnya mata. Sufreena pulak, kalau diambil dari root word nya Safaro maksudnya perjalanan. Mungkin mata saya suka berjalan2. Ahaks. I'd like to think of it as the journey of my eyes. Whatever that means.
10. Cinta itu adalah:
Bila saya tengok perkataan cinta... saya teringat lagu C.I.N.T.A. K.I.T.A.... sampai bilaaaaaaa.....? Nasib baik dia tak eja seluruh lagu tu... mesti penat!
11. Di suatu tempat, seseorang sedang:
Meraikan hari jadinya. Masa zaman2 menulis surat dulu, saya pernah tulis surat sepanjang 24 mukasurat (saiz A4) kepada dia. Kesiannnn dia kena baca surat saya. Tapi dia pun balas panjang juga. Lagi kesian kat saya kena baca surat dia... sebab tulisan dia berbelit2.! Happy Birthday Doc!!!
12. Saya akan cuba:
Untuk menguruskan badan selepas bersalin nanti. Itu lah azam saya sejak 10 tahun yg lepas (and 3 pregnancies). Tapi takpe... ada masa2 nya it's the thought that counts. Saya takkan putus asa. :)
13. Ayat SELAMANYA membawa maksud
Lama jugak lah patutnya kan?.
14. Telefon bimbit saya:
Tak pernah dari jenama lain kecuali Nokia. Oh, ada sekali saya beli telefon LG sebab masa tu nak cari telefon yang paling murah. Lepas tu saya beli Nokia juga. Telefon LG tu saya simpan untuk emergency. Tapi dicuri juga oleh perempuan keji itu akhirnya!
15. Bila saya terjaga dari tidur:
Selalunya Mariessa ada di tepi katil saya... dengan muka sedih.. sambil berkata " Mama... nak ng ng" (ng ng dalam kamus Mariessa = susu. Ntah kenapa anak2 saya sgt kreatif when it comes to nicknaming susu. Ng ng for Mariessa, nini for Afiq).
16. Saya paling meluat apabila:
Bila seseorang dalam ofis ni sukaaaaaaaaa bercakap kuat2 dalam ofis yang senyap sunyi. Cakap pulak dengan bahasa inggeris yang accentnya sukar saya tentukan dari mana asalnya. Kejap2 american accent, kejap british accent. Ada masa australian accent pun terselit. Saya jadi kesian atas kekeliruan dia. Tapi bila dia asyik selitkan perkataan 'fucking' dalam ayatnya.. saya bertambah meluat pula. It's not fucking easy konon... cakap je lah it's not easy... or it's hard.. or it's difficult... apa yang susah sgt?
17. Pesta/Parti adalah:
Masa untuk berhoyeh2 dengan keluarga & rakan2. Tapi saya tak suka sgt party2 ni.
18. Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah:
Ducky... anak patung itik saya. Kakak saya belikan untuk saya masa saya di TKC. Saya simpan sampai saya habis belajar dia UIA. Tapi lepas tu, saya tak ingat apa dah jadi pada Ducky. Kalau saya jumpa lagi itik mcm tu, saya pasti akan beli!
19. Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah:
Saya rasa, masa saya di TKC (12-17). Macam2 saya dapat buat masa tu... menyanyi on stage... menari sampai ke Jepun (orang lain belajar sampai negeri china... saya lain sikit).... berkawad sampai hitam legam... panjat gunung tanpa rasa semput ya amat... main hoki walaupun saya tak sebagus mana...
20. Hari ini:
Kawan2 saya di ofis akan makan durian beramai ramai pada pukul 5. Mereka tersangatlah teruja menunggu pukul 5. Saya tak makan durian jadi saya cuma teruja untuk tunggu pukul 6, nak balik rumah. :D
21. Malam ini saya akan:
Makan ikan tongsan masak tempoyak. Ye, saya tak makan durian, tapi saya suka tempoyak! Salah satu keajaiban dunia.
22. Esok pula saya akan:
Datang ofis dengan harapan takkan ada bau durian di kawasan ofis saya. Oh tidak!
23. Saya betul-betul inginkan:
Kamera digital yang baru. Kamera digital kesayangan saya telah dicuri oleh perempuan keji sama yang mencuri cincin2 saya. Kalau kita ni boleh menyumpah orang... dah lama saya sumpah dia jadi.... entahla... takde apa yang sekeji dia! Ada sapa2 nak belikan saya digital kamera? Birthday saya lambat lagi.. tapi advanced gifts sgt dialu2kan.
24. Ketika saya lihat wajah saya di hadapan cermin pagi ini:
saya terfikir... siapakah wanita yang berkulit cantik ini? Muahahahaaaaa.. tak lah! saya tak sempat nak fikir apa2... sebab dah lambat. :D
25. Pusat membeli-belah atau arked permainan:
Pusat membeli belah lah pilihan saya.. sebab kalau arked permainan, saya pandang sebelah mata pun tak minat.
26. Makanan Barat atau Jepun:
Dua2 pun saya suka. Tapi sekarang ni saya sgt teringin nak makan unagi. Oh yummsss!
27. Bilik yang terang atau gelap:
Terang, boleh baca buku!
28. Makanan segera adalah:
Maggi mee, cepat dimasak, sedap dimakan. Dulu saya suka IndoMie. Tapi sekarang saya dah tak jumpa IndoMie di pasar raya. Ada yang packaging serupa.. tapi IbuMie. Kenapa Indo jadi Ibu? Saya pun tak berani nak cuba.
29. Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?
"tak makan durian lah". - Kawan2 saya ajak pegi makan durian dan ramai yang tak percaya wujud juga orang yang betul2 tak makan durian macam saya.
30. Siapa yang anda mahu tag?
Hmm.. momster, ziah, sandra dan juga sapa2 yang rajin nak buat!
Thanks Ngah for tagging!