Saya sebenarnya susah hati. Sampaikan saya nak berpura2 buat kerja pun dah tak boleh. Kalau ikutkan hati saya ni, nak je saya termenunggggggggg je pandang laptop saya yang selalu ‘hang’ ni.
Saya susah hati mengenangkan Afiq.
Alkisahnya, masa mula2 saya bawak dia pergi jumpa Pakar Kanak2 hari tu, saya cuma risaukan demam dia yang kejap ada, kejap takde, tapi tak baik2 sampai dah seminggu. Dah makan ubat pun, macam tu lah jugak. Lagi satu saya agak risau sebab minggu sebelum tu, saya perasan dia selalu tak dengar bila saya cakap. Bila saya tanya kenapa dia tak jawab soalan2 saya, dia kata..”Mama cakap slow sgt lah!”. Semua orang pun tau, selembut2 budi pekerti saya, suara saya idok ler perlahan. Makanya, risau lah saya.
Saya bawa dia jumpa Dr. A, pakar kanak2 yang paling best pernah saya jumpa. Bestnya dia sebab 1. dia dengar segala luahan hati saya, semua concerns saya, walaupun kadang2 ada yang rasa mungkin tak saya ter-over concern? Tapi, dia tak pernah ambil mudah. 2. Consultation charge dia sgt lah murah untuk seorang pakar. RM30. Unheard of, kan?
Jadi, bila saya bawa Afiq jumpa Dr. A, dia check lah segala apa yang saya complain-kan. Tapi masa tu Afiq tak demam. Tiba2, Dr. A kata “ Mama, anak you wheezing lah Mama!”. Saya terkejut lah. Dah lamaaaaaaaaa Afiq tak wheezing. Tapi that explains why he looks tired je selalu. So, kena nebulizer one round dan buat blood test sekali.
Lepas nebulizer tu, Dr. A check Afiq lagi sekali. Takde perubahan. :(. Blood test result pulak shows that tahap hemoglobin dalam darah Afiq agak rendah. (Ada lagi 2-3 benda Dr. A cakap, tapi saya tak ingat semuanya sebab yang lain tu tak membimbangkan). Dr. A sarankan saya beli Vitamin yang mengandungi zat besi untuk Afiq. Dan juga ubat cacing.
Dia referkan pula saya ke ENT specialist untuk check telinga Afiq, walaupun saya kata saya tak sure kalau Afiq tu betul2 tak dengar, ataupun kadang2 buat2 tak dengar. (Manalah tahu, “skill” selective hearing ayahnya dah turun ke anaknya – ayahnya kadang2 buat2 tak dengar kalau saya panggil, especially kalau dia dah tau saya panggil tu nak mintak tolong. Hehehe. I know tau! :P. Anyway, Dr. A siap tolong buatkan referral letter untuk saya, jadi saya tak payah la bayar. Bertambah2 la sayang saya kepada Dr. A.
Petang tu, jumpalah Afiq dengan pakar ENT. Dr. M namanya. Dr M kata, ada air bertakung di belakang gegendang telinga Afiq. Dia kata, kalau nak quick solution, “Kita operate je lah”. Saya dengar perkataan operate saja, saya mula lah rasa nak nangis. Nasib baik Shahril kebetulan sampai di klinik masa tu (dari ofis). Saya cakap kat Dr M, “Kejap doctor, biar saya panggil suami saya masuk dulu, boleh dia dgr sekali”.
Lepas berbincang dengan Dr. M, kami minta nak tengok dulu keadaan Afiq untuk seminggu.
Jadi semalam, dah cukup seminggu, saya bawa lagi Afiq jumpa Dr. M. Kali ni, dia kata, telinga kanan dah ada improvement, tapi telinga kiri macam tu jugak lah. Dia ada sebut gelembung, tapi saya tak ingat pulak mcm mana contextnya.
Sekali lagi dia kata..”Kita operate je lah ye?”. Lagi sekali jugak, saya terus nervous. Saya minta untuk tangguhkan lagi seminggu.
Saya dan Shahril buat keputusan, nak bawa Afiq jumpa pakar ENT yang lain pula, for 2nd opinion.
Hari ni kerja saya di ofis, ialah meng-google segala jenis maklumat. Saya dapat tahu, nama condition Afiq tu ialah Otitis Media, dan nama procedure yang Dr. M nak buat ialah Myringotomy.
Esok saya akan bawa Afiq jumpa dgn pakar ENT yang lain tu. Kita tengok pulak apa dia kata.
In the meantime, saya tak boleh untuk tidak risau. Saya percaya, semua ibu rasa macam yang saya rasa. Bila anak2 sakit, mesti terfikir, mungkin ini salah saya.
Tolong doakan semoga Afiq cepat sembuh ye. Terima kasih banyak2. Saya harap, Dr kedua ini nanti akan cakap apa yang saya nak dengar – that the operation is not necessary.
Afiq masa terima Award di LC. (Saya cilok gambar ni dari blog LC. :) )