Saya nak merapu ni. Nak tulissssss je apa2 yang terlintas di kepala saya. Sebabnya, fikiran saya caca marba sekarang ni. Not here nor there. Bila kat rumah, teringat pasal kerja (sikit je la, x banyak. Ingat je, x buat apa2). Bila kat ofis, dah tentu lah teringat rumah (Ini banyak).

Disebabkan keadaan di ofis yang tidak begitu ‘conducive’ sekarang ni (bagi saya dan perasaan saya), saya jadi macam di awang2an gitu. Pergi kerja macam biasa. Buat apa yang saya patut buat. Habis waktu, balik. Takde perasaan. Suka pun tak, tak suka pun tak la sangat. Orang patah hati memang macam ni agaknya kan? Patah hati ke…. tawar hati? Mana lagi teruk? Saya rasa saya dua dua. Mula mula hati tu patah dulu. Lepas tu tawar. Tak boleh undo. Tapi cakap banyak pun tak guna ye tak?

Tengah sedih2.. dapat tau one good news. Belum confirm lagi, jadi belum boleh nak share. Oh tidak, not in baby making department.. :P. Bila dah confirm, InsyaAllah saya share di sini.

Betullah… When Allah closes one door, He opens so many others. Ada yang related. Ada yang tidak. Harap2 saya dapat masuk kat pintu2 yang lain tu. The sooner the better. Amin.

---------------------------------

Dah lama tak tulis pasal anak2. Nak tulis pasal satu kad yang Afiq buat untuk saya di Little Caliphs, tapi gambar yang diambik tak upload2 lagi. Lupa. Nantilah. Kadang2, saya rasa heran kenapa cepat sgt dia membesar. Bagila 3-4 tahun lagi agaknya, dah lebih tinggi dia dari saya. Maklum juga, saya pun tak la tinggi mana to begin with. Dah pandai petik jari walaupun mula2 asyik frustttt je, sebab petik2 tak bunyi. Tapi hari2 practice, sekarang dah boleh dengar la bunyi sikit2. Bersiul pun dah pandai, walaupun saya tak bagi. Selalu merajuk. Sikit2 merajuk. Kadang2 saya pujuk, kadang2 saya biarkan aje. Masih tak suka makan nasi. “Mama, kenapaaaaaaa kita asyik kena makan nasiiiiiiii je?”. Kalau Mama kata nak masak spaghetti, baru berseri2 muka. Roti tak boleh tak ada kat rumah. Itu makanan ruji dia. Kalau dah habis.. merajukkkkkkk lagi. Baca buku “Bacalah Anakku” dah habis semuanya. Baca “Read Easy”:”Abang dah baca buku sixxxxxxxxxxxx, Mama! Hebat tak Abang?”. Hari Khamis belajar Aikido. Bila Mama balik kerja petang Khamis, confirm dah tido.(Eh, that rhymes). Penat! Pernah sekali kalahkan ayah main PS2 (ntah main Naruto, ntah main lumba2 kereta). Bangga seharian, bersinar2 mata! Ayah ajak main lagi sekali, kalah. Ayah pulak bangga. Merajukkkkkkkkkkkkkkk lagi.

 

Mariessa.. Hmm… Lagi banyak songeh :P. Hari2 telefon, pesan kat Mama, “Mama, Mama balik petang tau”. Nanti la Kakak, Mama dapat kerja dekat2 rumah nanti, confirm cerah2 Mama dah sampai rumah (tapi Ayah tak bagi Mama kerja ngan Ayah.. :P:P). Selalu menangis. Cannot say No to her. Mama tak kisah, Mama cakap je No. Ayah la lembut hati. :P. Suka berebut ngan Adreena. Half of the time Kakak dah kalah dengan Adik. Suka pakai tudung. Pakai dress sleeveless, knee length pun, tup2 nak pakai tudung. Rajin menyanyi (wat aaa pen po… – what are friends for). Rajin ulang2 surah2 yang belajar di Little Caliphs. Dah banyak yang dia hafal, pelat2 pun. Ayah panggil dia ustazah. Bila dia tanya soalan apa2, tapi jawapan saya tak menepati cita rasa dia.. dia akan cakap. “Mama cakap la betul2”… Sammmmmpai lah jawapan saya selari dengan skema jawapan dia. Sekarang, hari Khamis bila Afiq berAikido, dia duduk tepi je, tengok. Bila balik, dia lagi banyak cerita Abang buat apa masa Aikido daripada tuan punya badan sendiri. Ayah punya komen.. “Mama eh ex cadet police.. Ayah eh ex ROTU. Anak eh… Aikido pun takut.. camano tu?” Saya jawab.. dulu2 seganas2 saya masuk kadet polis pun (ganas ke?), saya ada ‘soft’ side saya jugak. Suka menyanyi… suka tarian melayu. Mungkin Mariessa ambik side saya yang sebelah tu je. Adreena kot nanti ambik the other side tu. Ketokohan bab ganas dah ada.

 

Adreena? Huiiiii… makin nakal. Selang 3 saat panggil Mama.. Pagi tadi for the first time dah panggil kakak… So skrg, dah panggil Mama.. Ayah… Bibik… Abanggg.. Kakak… Amaaaaaah (Aunty Mas).. Awwiiizzz/aaawiiiii/kaaayihhh (Uncle Reez byk variations) and Ooooyaaauuuuu / Oyammmm (Moyang). Suka makan sayur. Kalau Mama puji “cantiknya Deeenaaaa” lepas mandi.. terus tengok badan sendiri, nak tengok pakai baju apa! :P Orang bercakap, dia pun nak bercakap. Suara dia paling kuat, tapi tak tau la dia cakap apa. Pejam celik.. sikit lagi dah setahun setengah. Gigi dah 8 batang. 4 atas 4 bawah.. ada 2 batang lagi macam nak tumbuh.

 

------------------------------

Satu hari tu..I was listening to the news on my way home from work. During its market share segment (which I don’t really understand), the newscaster said, “cooperland bla bla bla bla….”. Then.. “bla bla bla… cooperland…. bla bla bla…”. Lepas 2-3 kali dia, then I realized what she was saying. It’s KUMPULAN! cooperland, cooperland!

 

-------------------------------

Esok kami nak balik kampung di Temerloh. Dah lama tak jumpa Abah. Rindu. Dah lama tak pergi kubur Ummi. Lagi rindu. Nak tengok anak buah baru juga. Aqil Faqiheen namanya, adik kepada Aqilah Musfeerah (harap2 ejaan saya betul). Anak kepada Aidil Sufqy iaitu adik saya. Hehe. Dilahirkan pada 29 April, di saat jutaan orang tengah tengok tgk Royal Wedding, yours truly included.

 

Afiq’s reaction bila tau baby boy Uncle Teh dah lahir…” Haaaa.. Mama.. Uncle Teh pun dah ada baby boy… Bila kita nak ada baby boy ni?” Aiyayaiiii…. Pressure Mama, pressure! Tak lah.. saya tak tertekan pun.

 

Mariessa’s reaction bila saya bagi tau pagi tadi yang esok nak balik kampung Atok and nak tengok baby boy Uncle Teh. Dengan muka sangat confused: “Mama.. tadi Mama kata nak balik kampung Atok.. Tapi lepas tu.. Mama kata nak pegi tengok baby boy. Mana satuuuu ni? Mama cakap la betul2”. Padahal rumah Atok dengan Uncle Teh tu 15 minutes apart aje. :P

 

-------------------------------

 

Hmm dah la.. panjang dah merapu. Seronok jugak. Nak kena sambung kerja. Kerja rajin2… tapi……………………………………………………………………………………………..

 

(masih tak habis ‘bitter heart’ saya).

0 Responses