Punyalah takde idea nak letak title. Another random post. Takde cerita menarik lah sekarang ni. :). (Tapi kan, selalunya kalau org kata “saya takde apa nak cakap….” lepas tu mesti dia cakap berjela2 kan? Hehe.. Let’s see…)

 

A dear, dear friend lost her father on May 17th. Al-Fatihah untuk Abah Aba. Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 beriman InsyaAllah.

I went on a day trip to Alor Setar on Monday to catch up with Aba. Spent the day bersemmmmmmmmmmmmmbang tak habis2. It was really, really great. Thank you ber, for the hospitality. Tengok2 tiket untuk pegi Kuching k? Hehe

 

Bendang

Hui, tak tau la bila last time saya tengok sawah padi. Syok! Ni betul2 kat luar airport. Saya suruh Aba berhenti kat tepi jalan semata2 nak ambik gambar ni. Tambah pulak dapat tau ada orang tu hari tu, pegi Alor Setar, tapi tak dapat nak tengok sawah. Muahahah.. Kesiannnnnnnnnn En. Pirate. Rasa bahagia bila kiri kanan dok dengaq oghang cakap loghat utagha. Bila balik KL, eh tersasul loghat utara pulak.  Echeh.

 

 

BlendedOrangeCake

On Saturday, saya try buat orange cake ni… selepas tergoda tengok kek tu di blog kawan saya, Ina. My first attempt at frosting a cake. :) Tu sebab ambik gambar sipi2 je tu, tak la horror sangat nampaknya. The cake itself is really really good. And nak buat pun terlampau senang. Alang2 cerita pasal cake ni, baik la saya terus tepek resepi dia kan…  Terima kasih tak terhingga pada Ina. This one’s a keeper!

(Saya copy paste terus from Ina… with a little modification )

 

* Resepi kek ina amek dr my resepi..

Bahan-bahan ( loyang 9 inc )
1 bji buah limau
1 cawan minyak
1 1/2 cawan gula halus – Resepi asal was 2 cawan. Ina suggested 1 1/2 je, saya pun letak 1 1/2 je. Just nice. tak manis sgt.
3 biji telur
2 cawan tepung gandum*
1 sb baking powder* ( *diayak bersama )

- yang ni saya tambah sendiri : about 1/2 cup of toasted almond nibs – put in the bowl together with the flour

Cara-cara
1. Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
2. Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
3. Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
4. Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
5. Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak.

yg cream cheese frosting plak

a) 125g cream cheese pukul smpi gebu dgn 30g butter
b) then masukkan 1/2 – 1 cup of icing sugar (yg ini leh adjust ikut manis sndiri tau), pukul lg smpi gebu jugak
c) masuk plak 1tsp of air, pukul smpi sebati

Haaa.. see? Sooo easy one! Tak yah guna mixer pun. Blend aje. Mula2 saya sgt ragu2 lah kan nak bubuh dengan kulit2 buah oren tu sekali… Takut pahit. But surprisingly, rasa pahit sikit pun takde.

 

On Sunday pulak, saya buat mini donat. Gambar tak yah letak la kan, dah banyak kali ulang tayang. Tapi kali ni separuh daripada adunan tu, saya buat pau goreng. Ada setengah orang panggil Burger Malaysia. Haa.. yang ni boleh letak gambar. :)

BurgerMalaysia

Crispy on the outside, soft on the inside. Chewah!

One thing I notice kan, selalunya kalau on weekend saya ter rajin nak buat apa2, tiba2.. mesti ada orang nak dtg rumah. Contohnya, 2 minggu lepas saya cuba buat pau sardin. Tujuan utama ialah nak test steamer yang Shahril baru dapat free. Hehe. Tepung Pau yang saya beli berkurun lama pun dok ada dalam kotak lagi. Nasib baikkkkkkk belum expired. Tapi saya lupa nak ambik gambar. Alhamdulillah menjadik.. separuh saya letak inti sardin, separuh lagi letak inti kaya untuk anak2.

 

Nak citer apa tadi sebenarnya? Oh… yang saya notice tu. Saya baruuuuuu je letak the first batch of pau dalam steamer, tiba2 sorang kawan telefon tanya ada kat rumah ke, kalau ada dia nak datang bawak wife and baby yang saya belum pernah jumpa since diorang ada kat Bangi masa tu. Langkah kanan sungguh, Alhamdulillah. TQ Amri for coming!

 

Sunday baru2 ni pulak, tengah2 menggoreng burger malaysia tu, tiba2 adik bongsu saya telefon bagitau dia nak singgah kat rumah saya sekejap, nak ambik barang. Selang a few minutes, another friend called to ask if she can drop by.

 

Arwah Ummi selalu kata, tetamu tu rezeki. Saya seronok bila ramai2 orang kat rumah saya… tambah2 pulak bila saya tengah buat experiment masak memasak ni. Kalau tengah malas, orang nak datang kan haru, tak tau nak hidang apa? :)

 

Cerita terakhir… (kan dah kata dah.. panjang jadinya kalau merepek ni)

 

Adreena18months Dah setahun setengah si kenit ni.

Sekejappppp je masa berlalu kan? Perangai pun dah macam2. Cakap pun bukan main dah. Antara kita faham tak faham je. Suka mengajuk orang. Pagi tadi saya tengah duduk nak minum, dia dtg nak duduk atas riba saya (mmg pe-el dia dah skrg ni).. Abang & Kakak belum mandi lagi masa tu, so saya pun nak suruh la pegi mandi. Adreena dah siap mandi, lawa dah.

Mama: Kakak… go mandi please. Pegi sekolah!

Adreena: Tatak…. kolah! Apit… tolah!

Ada pulak skrip tambahan tu! Kakak memang dia panggil tatak.. Abang Afiq kadang2 dia panggil Aba.. Kadang2 dia panggil Apit. Ikut suka dia je.

 

 

 

AdreenaMariessa

Dah hampir2 sama besar pun dengan Kakak.

 

Oklah. Sekian.

6 Responses
  1. The Momster Says:

    I love ez cake recipe like this! Thankxomuch! :)


  2. Serene Says:

    Hey Momster! :D

    My pleasure. :)

    Still waiting for the picture of the surprise gift! Heheheheh...



  3. afidalina Says:

    kakak, your orange cake looks so yummy and semlm i dok teringat2 rupa donut you. terpaksalah cari harini kat bakery nanti =P


  4. Serene Says:

    fazrin.. sedap tak sedap kalu.. kena dtg try dulu. :D Bila nak mai?

    Afi.. kalau korang dekat, memang dah pegi hantar dah cake & donat ni! Cannot oooo mak buyung sebut2 food ni, kena tunaikan. Hehe.. Am sure incik nazri will, kan?


  5. afidalina Says:

    hehe dah selamat kitorg beli donut kat M&S tadik. hehe. phew. taper, balik mesia kena berguru dgn k ainil!