Di atas permintaan ramai.. (kalau lebih satu.. kira plural.. ramai lah tu kan?), ni saya ceritakan sikit proses2 macam mana terjadinya roti (di rumah saya). :P:P

 

Ok.. sebelum tu… ni lah resepi yang selalu saya guna (sausage bun ke.. sambal bun ke.. sardine bun ke.. saya guna resepi yg sama):

 

BUN MANIS
Disalin dari Blogspot Mat Gebu <- sgt famous ini blog. Kalau puasa, jangan tengok blog ni.. BAHAYA! :P

Bahan-Bahannya :
400 g tepung roti (high-protein flour)
100 g tepung kek (mat guna tepung Hong Kong – saya pun ikut Mat juga.. :P )
100 g gula halus
5 g garam halus
20 g susu tepung (kadang2 cilok je sikit susu anak2.. heheh.. tapi most of the time guna susu tepung yang kedai jual khas untuk roti2 ni)
1/4 camca teh bread improver
1 biji telur gred B, dipukul sedikit
11 g yis segera
40 g shortening (lemak sayur)
250 g air
Inti kegemaran secukupnya
Cara membuatnya :
Satukan semua bahan diatas kecuali inti dan lemak sayur. Gaul rata hingga menjadi doh. Tambah lemak sayur dan terus menguli hingga adunan menjadi lembut, anjal dan elastik, kalau guna mesin uli 10 - 15 minit dan 20 minit kalau gunakan tangan. Alih ke dalam bekas yang besar, tutup permukaan bekasnya dengan plastic cling, dan biar doh naik 2 x ganda, kurang lebih 45 minit.
KAEDAH LAIN :- Masukkan semua bahan2 diatas kecuali inti ke dalam breadmaker, pilih setting untuk doh, tekan "on" dan biar hingga siap.
Keluarkan doh, tumbuk untuk buang udara dan uli sekejap. Timbang 60 g untuk setiap bahagian (menghasilkan lebih kurang 12). Isi inti kegemaran pada setiap bahagian, bulat2kan dan susun dalam loyang yang telah disapu mentega. Buat hingga siap dan rehatkan hingga naik kurang lebih 30 - 45 minit.
Sapu permukaan roti dengan bancuhan telur dan susu dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 200C selama 20 minit atau mengikut keadaan oven masing2.
Mat tak sapu telur, cuma lepas masak, mat sapu permukaan roti dengan mentega dan mat bakar roti pada suhu 180C selama 20 minit...

 

Saya guna ‘kaedah lain' tu bila buat roti.. sebabnya… tangan saya ni tak kuat.. Betul, tak tipu. Nak perah nyior pun sampai lenguh2.. ni kan pulak nak menguli! Suatu masa dahulu, pernah jugak saya cuba menguli.. aduh… penat! lepas tu.. roti tu.. kalau baling kat dinding, dinding pun retak! Kechiwa tau, patah hati!

So, after years of membelek2 harga (padahal harga tu sikit pun tak berubah).. and much persuasion..(ehem!) dengan ayat2 memujuk ‘best ooo makan roti homemade.. besttt nanti rumah bau roti… etc…”, makanya pada suatu hari yang bersejarah beberapa tahun yang lalu.. tiba2 Shahril offer nak belikan breadmaker! Yey! I lap you lah laling!

KenwoodBM Ni lah rupa BM saya. This is Kenwood.. errr apa ntah nama model dia. Kenwood 250 kot

When Shahril bought me this, it was RM499 kalau tak silap. I think the price is about the same now.

 

Dough1

Mula2 Puan sekelian.. masukkan je bahan ikut resepi tu dalam BM.. pastu tekan sampai function no 8 (untuk menguli je, tak bakar sekali) dan tekan GO! Tips yang saya pernah baca kat mana ntah dulu… masukkan barang2 basah dulu (air ngan telur).. pastu tepung.. pastu segala benda2 lain.. and seelok2nya jgn campur adukkan semua benda. Eh, mcm mana nak explain ni eh? Mcm ni.. Hmmm.. lepas taruk tepung tu.. nak letak pulak gula, garam.. yis. apa semua tu kan… saya tak lah dump semua benda campak2 je. Gula saya letak kat one corner.. garam kat another corner.. yis pun lain corner, gitu. Ada rational dia, tapi saya tak ingat la.. something about nanti yis tu tak betul2 ‘naik’ kalau kena garam ke gula ntah. Entah betul entah tidak.. tapi saya buat je la camtu. :P

Dough2

The dough in motion.. ni selepas 15 minutes or so.. rasanya. The whole process termasuk dia  nak kembang apa semua in the BM takes sejam setengah je pun. Sementara tu boleh sambung tengok TV.. no hal!

Dough3

Ni lah rupanya selepas sejam setengah! Bangga oooo bila tengok dia naik mcm ni. Tak tau la kenapa bangga, tapi saya selalu rasa macam tu! Heheh

 

Lepas dia dah naik camni.. ambik dough tu.. tumbuk2 sikit.. pastu ambik sikit (dalam 30-40g utk sausage size normal.. or 10g untuk cocktail sausages mcm yg saya guna kat bawah ni).. lilit2 kat sausage (yang dah dicelur).. pastu biar lagi dalam 30 minit untuk dia mengembang lagi.

 

Sausagebundough

Lilit orang tak pro mmg mcm ni.. kejap pusing kot kanan.. kejap pusing kot kiri. :P

Sausagebuninoven

Lepas 30 minit.. masukkan lah mereka2 ke dalam oven…

Sausagebundone1

Tat taraaaaaaa!!! Harum semerbak rumah masa ni!

 

Kalau nak buat donat pun sama jugak prosesnya… resepi dia lain la tapinya… Alang2 saya kasik resepi ni kan.. ni saya kasik resepi donat sekali:

 

DONUT
Sumber: Sifu Suria
Bahan A:
3 cawan tepung
3 tbsp tepung susu

3 tbsp shortening
3 tbsp gula pasir halus

Bahan B:
200 ml air suam*
2 tsp instant yeast* -

20 ml air - sbg tambahan jika perlu
Cara menyediakannya:
Bancuh bahan B*, masukkan ke dalam bahan A. Masukkan air tambahan. Uli 5 minit, terus terap atau buat bulat-bulat, letak cheddar cheese di tengah-tengahnya. (utk 1 cawan tepung, saya dapat 8 donut & saya guna sliced cheddar cheese; 1 keping bahagikan pada 4 @ 6 @ 8 bahagian - ikut sukalah ye..).
Perap (selama lebih kurang ½ jam) then boleh goreng dengan api sederhana.

 

Cara2 saya buat pun sama macam roti tadi.. masukkan everything dalam BM, and let the magic happens! ;)

Donutdough1Lepas dah siap dalam BM tu… buat la bentuk donat gini (ada acuan dia.. ).. ni mini donat ni… besar sikit daripada duit syiling 50 sen je. Senang kalau yg kecik2 gini.. sekali ngap je!

Donutdough2 

Kasik dia kembang jugak dalam stengah jam lepas kita bentukkan dia tu… See, this one kembang already?

 

Pastu goreng….. and bubuh la gula ke.. glaze ke.. glaze2, saya tak pass lagi lah.. Nanti saya buat experiment lagi ok?

Donutdone

Ni lah hasilnya.. :) Kalau yang kecik2 gini… dengan resepi tadi tu.. dapat dalam 100 lebih mini donat. :) Saya buat ni sebab Mariessa nak bawak ke Little Caliphs.. Ada 60 students rasanya.. so dapat la merasa sorang satu gamaknya.. Ye la.. orang kat rumah takkan nak makan sorang satu je kan? :P

 

Begitulah ye Puan2.. kelas masakan (errr.. kalau cooking class – kelas masakan.. kalau baking class? kelas bakaran? :P) kita pada hari ini ye? Sehingga berjumpa lagi di lain waktu… Selamat mencuba!!

4 Responses
  1. Ya Allah.......saya terliur...sungguh...saya terliur sgt :( saya tkder BM...cemana?


  2. Serene Says:

    Ber.. Aba tangan kuat maaaaaa.. Uli laaa!! :P:P Naik muscle apa semua...


  3. Unknown Says:

    xtau nak habaq lagu mana lagi Aba... Roti nie sgt sedap, sgt gebu, sgt cukup rasa... kalulah Ainil tiba2 tunjuk perasaan dan resign ka apa2 ka.. X payah susah2. Jual roti sudah! Confirm laku wehhhhhh


  4. chantekdress Says:

    Huhu kak ainil bila nak bawak sket dtg opis.. sedapnyaa.. :p